A- A A+

Sejarah Penubuhan


Sejarah Penubuhan.

  • Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Saadah, Beta Hulu telah diasaskan oleh Tuan Haji Ab Rahman bin Awang Sulung pada bulan Oktober tahun 1955.
  • Pada tahun 2011, pengoperasian sekolah terpaksa dihentikan ekoran kekurangan pelajar dan tidak sesuai untuk diteruskan pengajian.
  • Pada 1 Januari 2018, sekolah ini secara rasmi dibuka kembali dengan dinaiktaraf dari SMU(A) kepada Maahad Kawalan YIK dengan nama Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat dan menjadi sekolah berasrama penuh.
  • Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu’uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Selain itu, sekolah ini juga menawarkan elemen kemahiran asas jahitan dan masakan.
  • Selepas sesi temuduga dan ujian kemasukan, seramai 61 orang pelajar telah diterima masuk ke tingkatan satu sebagai pelajar sulung MTAQDS pada tahun 2018.
  • Pada tahun 2019, MTAQDS menerima seramai 60 orang kemasukan baru tingkatan satu.
  • Pada tahun 2020, MTAQDS menerima seramai 33 orang kemasukan baru tingkatan satu.
  • Pada tahun 2021, MTAQDS menerima seramai 63 orang kemasukan baru tingkatan satu. Pada masa yang sama, seramai 50 orang pelajar tingkatan empat telah berpindah ke Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.
  • Pada tahun 2022, MTAQDS menerima seramai 63 orang kemasukan baru tingkatan satu. Pada masa yang sama, seramai 37 orang pelajar tingkatan empat telah berpindah tempat pelajar di Pusat Kokurikulum YIK, Jelor.
  • Pada tahun 2023, MTAQDS menerima seramai 32 orang kemasukan baru tingkatan satu.

 

Perkembangan fizikal sekolah.

  • Pembukaan MTAQDS ialah dengan mengekalkan bangunan-bangunan sedia ada dengan penambahbaikan serta tambahan bangunan musalla, balai pengawal, dan gelanggang permainan.
  • MTAQDS mempunyai:
    • 1 bangunan 2 tingkat – pejabat, bilik guru, kedai sekolah, bilik gerakan, dewan dan kelas.
    • 1 bangunan setingkat – 1 bengkel masakan dan 1 bengkel jahitan.
    • 1 bangunan musalla.
    • 1 bangunan asrama 2 tingkat
    • 1 bangunan kantin.
    • 1 unit rumah ketua warden.
    • 1 gelanggang bola tampar dan 1 gelanggang badminton.
  • Pada tahun 2019, satu bangunan setingkat (3 kelas) dan musalla telah dibina. Bangunan musalla lama dan rumah warden telah dijadikan asrama dan bilik warden.
  • Pada tahun 2022, satu ruangan bilik maktabah telah dibina bersebelahan musalla.

 

Guru dan staf sekolah.

  • Seramai 15 orang guru iaitu 4 orang pentadbir, 4 orang guru al-Quran, 2 orang guru Arab/Agama, 3 orang guru akademik dan 2 orang guru vokasional telah menjadi tenaga pengajar terawal sekolah.
  • Di samping itu, 6 orang staf masing-masing 2 bahagian pejabat, 2 pekerja awam dan 2 pegawai keselamatan telah sama-sama menjadi tonggak awal sekolah.
  • Pada tahun 2019, pertambahan seramai 5 orang guru menjadikan jumlah guru seramai 20 orang dengan perincian 4 orang pentadbir, 8 guru al-Quran, 3 orang guru Arab/Agama, 3 orang guru akademik dan 2 orang guru vokasional. Staf juga bertambah seorang iaitu Penyelia Asrama.
  • Pada tahun 2020, pertambahan seramai 4 orang guru menjadikan jumlah guru seramai 24 orang dengan perincian 4 orang pentadbir, 10 orang guru al-Quran, 4 orang guru Arab/Agama, 3 orang guru Akademik dan 3 orang guru vokasional.
  • Pada tahun 2021, pertambahan seorang guru menjadikan jumlah guru seramai 25 orang dengan perincian 4 orang pentadbir, 10 orang guru al-Quran, 4 orang guru Arab/Agama, 3 orang guru Akademik dan 4 orang guru vokasional.
  • Pada tahun 2022, pertambahan seramai 3 orang guru menjadikan jumlah guru seramai 28 orang dengan perincian 4 orang pentadbir, 13 orang guru al-Quran, 4 orang guru Arab/Agama, 4 orang guru Akademik dan 3 orang guru vokasional.
  • Pada tahun 2023, pertambahan seramai 7 orang guru menjadikan jumlah guru seramai 34 orang dengan perincian 5 orang pentadbir, 15 orang guru al-Quran, 4 orang guru Arab/Agama, 7 orang guru Akademik dan 3 orang guru vokasional.

 

HUBUNGI KAMI

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat
Beta Hulu, 16450 Ketereh, 

Kelantan Darul Naim.
Tel : +609-712 5354
Website: mtaqds.kelantan.edu.my
Email: mtqds[at]yik.edu.my

APLIKASI MOBIL

QR-Code dieser Seite
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2024 MTAQDS.

Penafian: Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat, Beta Hulu tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas. 

  • Tarikh Kemaskini: Monday 11 November 2024.