1. Latar Belakang
- Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Saadah, Beta Hulu telah diasaskan oleh Tuan Haji Ab Rahman bin Awang Sulung pada Oktober 1955.
- Pada tahun 2011, pengoperasian sekolah terpaksa dihentikan ekoran kekurangan pelajar dan tidak sesuai untuk diteruskan pengajian.
- Memandangkan permohonan pelajar tahfiz pada masa kini semakin meningkat dan kekurangan tempat yang disediakan terutama bagi pelajar perempuan, maka adalah wajar sekolah ini diteruskan operasi dengan beberapa peningkatan prasarana dan syarat pengambilan pelajar.
2. Matlamat Penubuhan
Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat ini ditubuhkan untuk merealisasikan Matlamat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan Rabbani yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Beriman kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain.
- Berilmu pengetahuan.
- Berakhlak mulia.
- Beramal soleh.
- Berbakti kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.
- Memiliki keperibadian yang mulia seimbang dan bersepadu.
3. Objektif Penubuhan
- Mewujudkan Maahad Tahfiz Al-Quran aliran semi vokasional khusus kepada pelajar perempuan.
- Melahirkan masyarakat yang celik al-Quran dan menambahkan bilangan para huffaz dalam kalangan pelajar perempuan.
- Menyemarakkan budaya mencintai al-Quran dalam kalangan pelajar selari dasar “Membangun Bersama Islam”.
4. Visi
Melahirkan generasi Al-Quran yang unggul dan berketerampilan dalam semua bidang kehidupan duniawi dan ukhrawi.
5. Misi
Melmbina generasi Al-Quran yang mampu menghayati isi kandungan Al-Quran, menguasai ilmu waqi’ei dan syar’ei serta memiliki sahsiah terpuji di samping mempunyai kecerdasan mental dan fizikal.
6. Moto
” حافظة ربانية ماهرة “