Kami warga pendidik Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat Beta Hulu, dengan penuh kesedaran, berazam dan bertekad akan mencurahkan seluruh buah fikiran, kudrat dan usaha kami bagi:
- Memastikan anak didik mendapat pendidikan holistik yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan.
- Memastikan semua pelajar dapat mengembangkan potensi mereka untuk maju dan berketerampilan di samping menjadi insan rabbani, harmonis dan seimbang dalam semua aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi.
- Memastikan pencapaian hafazan al-Quran pelajar sentiasa meningkat serta dapat memahami dan menghayati isi kandungannya.
- Memastikan pencapaian akademik dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi setiap matapelajaran meningkat sebanyak 5 peratus daripada tahun sebelumnya.
- Sentiasa peka dan prihatin terhadap sahsiah pelajar bersesuaian dengan akhlan Hamlatul Quran.
- Sentiasa mengamalkan budaya kerja Islam sesuai dengan konsep Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI).
- Sentiasa mengambil berat terhadap aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan.
- Sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan agensi-agensi lain.
- Memastikan MTAQDS peka dan bertanggungjawab kepada kehendak pelanggan dengan:
- Mengamalkan khidmat mesra pelanggan dan sebarang urusan dapat diselesaikan dalam tempoh 60 minit.
- Menentukan segala urusan surat-menyurat diberi maklumbalas dalam tempoh 2 minggu dari tarikh diterima.
- Mewujudkan sistem dokumentasi yang dikemaskini dan pengurusan kewangan yang teratur.
- Sentiasa optimis, bersedia dan sanggup menerima cadangan, pandangan, syor serta teguran yang membina daripada semua pihak untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dan prestasi mutu perkhidmatan.