Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Bengkel Keusahawan di Dewan MTAQDS pada hari Rabu, 16 Januari 2019.
Pihak Al-Ikhsan Sport telah berkongsi tentang pengalaman dan cabaran yang akan ditempuhi dalam bidang keusahawanan serta motivasi diri yang diperlukan dalam menghadapi dunia keusahawanan.
Semoga MTAQDS dapat melahirkan tunas-tunas yang mampu memberikan impak dan daya saing dalam bidang keusahawanan negara.