3 orang pelajar MTAQDS telah berjaya mewakili Halaqat Kawasan bagi Pertandingan Kategori Hafazan Al-Quran anjuran Halaqat Negeri Kelantan selepas mendapat johan di peringkat Parlimen masing-masing.
Pelajar berkenaan ialah;
- Tasneem Najwa bt Sharifudin (Parlimen Kubang Kerian)
- Nur Zulmila Damia bt Mohd Zulaidy (Parlimen Ketereh)
- Aisyah Ardini bt Shukri (Parlimen Bachok)
Pertandingan Akhir telah diadakan pada 29 Oktober 2022 di Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah telah diadakan pada Majlis Perasmian Festival Islam dan Apresiasi Kecemerlangan pada 3 Disember 2022.
Tasneem Najwa yang mewakili Parlimen Kubang Kerian telah mendapat tempat kedua manakala Nur Zulmila Damia yang mewakili Parlimen Ketereh pula mendapat tempat ketiga.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.