Jawatan Kuasa Al-Quran dan Tahfiz MTAQDS telah menganjurkan empat siri Ceramah Motivasi Al-Quran bertempat di Musalla Abdul Rahman MTAQDS pada 9, 23, 29 Sept dan 5 Oktober 2020.
Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh Ust Mohd Amri bin Ouma, Ust Muhammad Shariff bin Mohd Azahari, Ustaz Mohamad Nahi bin Mohamad Hasbullah dan Ustaz Abdul Aziz bin Che Mat dengan fokus penyampaian berbeza mengikut tahap pelajar.
Semoga ceramah-ceramah sebegini mampu meningkatkan lagi hafazan pelajar supaya lebih berkualiti.