MTAQDS telah dijemput untuk menerima Sumbangan Bantuan Khas dan Kit COVID-19 pada hari Ahad, 23 Ogos 2020 di Grandara Hall, Salor.
Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Ust Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar & Air yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian. Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Raihan bt Che Abdullah telah mewakili Pengetua bagi menerima sumbangan yang disampaikan.
Pada hari Selasa, 25 Ogos 2020, Puan Mudirah, Puan Hajjah Ruznida Ab Rahman telah menyampaikan Kit Covid-19 yang diterima pihak sekolah kepada ketua kelas untuk agihan kepada semua pelajar kelas masing-masing.