Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat telah menjadi tuan rumah bagi Musabaqah Hifz Al-Quran bagi Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan, Zon Kota Bharu 3 bagi kategori Perempuan.
Musabaqah telah diadakan di Dewan As-Saadah pada 24 Februari 2020 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1441H dengan disertai oleh 5 buah sekolah dibawah Zon Kota Bharu 3.
Peserta dari Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan telah berjaya mendapat Johan.
Manakala wakil dari MTAQDS, Alya Humaira binti Hishamudin telah mendapat Naib Johan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM MTAQDS, Ustazah Apipah binti Ramli.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.