Bengkel Jahitan telah menganjurkan Program Jahitan Kraf pada hari Sabtu, 20 Julai 2019 yang melibatkan pelajar kelas jahitan tingkatan dua.
Program jahitan kraf ini telah dikendalikan oleh guru dari Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) DUN Kadok.
Pelajar telah belajar membuat bantal pelbagai bentuk berasaskan kain benag panas dan fiber.
Selama hampir tiga jam, semua pelajar berjaya menyiapkan bantal masing-masing.