Sempena Ihya' Ramadhan 1440H, pihak maahad telah mengadakan Program Bakti Huffaz pada 12 dan 13 Mei 2019.
Program Bakti Huffaz melibatkan beberapa orang pelajar bersama guru pengiring menziarahi warga emas, ibu tunggal dan golongan dhuafa' sekitar kawasan maahad untuk menyampaikan bantuan keperluan harian hasil sumbangan yang dikumpulkan pihak sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan sumbangan. InsyaAllah program murni ini akan menjadi acara tahunan maahad.