Unit Pemerkasaan Bahasa Arab MTAQDS telah menganjurkan Program 'Hayya Bil Arabiah' sebagai salah satu program dan aktiviti bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Arab di kalangan pelajar dan guru.
Majlis Pelancaran telah diadakan pada hari Isnin, 17 Syaaban 1440H bersamaan 22 April 2019 di Dewan As-Saadah yang disempurnakan oleh Mudirah MTAQDS, Puan Hajjah Ruznida bt. Ab Rahman.
Antara aktiviti dalam Program Hayya bil Arabiah ialah Penggunaan Bahasa Arab di dalam kelas, di kantin dan di setiap majlis di sekolah. Banner dan bunting bagi kemudahan pelajar berbahasa arab juga ditampal dan dipaparkan di sudut-sudut di sekolah.
Majlis juga telah diserikan dengan persembahan Kalam Jamaei oleh pelajar-pelajar.
Semoga dengan adanya program ini dapat memantapkan lagi penguasaaan Bahasa Arab di kalangan pelajar MTAQDS sejajar dengan harapan Yayasan Islam Kelantan.