Mesyuarat Agung PIBG MTAQDS kali ke-3 telah berjaya diadakan pada 17 September 2022 bersamaan 20 Safar 1444H di Dewan As-Saadah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan.
Majlis diserikan lagi dengan Pelancaran Tabung Dana Pembelian Van Sekolah.
* Kami mengalu-alukan sumbangan anda semua bagi Dana Pembelian Van Sekolah.
Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Bank Muamalat PIBG Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat : 03030-0011-65719.