Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu telah mengadakan ujian saringan COVID-19 di MTAQDS pada hari Sabtu, 1 Mei 2021 sebagai syarat sebelum pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Bagi mengelak berlakunya penularan wabak COVID-19 di kalangan pelajar MTAQDS, pelajar-pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan syarat tiada pelajar yang disahkan positif.
Seramai 20 orang pelajar telah dipilih secara rawak menjalani ujian saringan ini.
Alhamdulillah, keputusan yang telah keluar pada 2 Mei 2021 mengesahkan tiada pelajar MTAQDS yang positif.
Semoga Allah segera mengangkat wabak ini.