Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz YIK telah menganjurkan Seminar Peningkatan Profesionalism Kerja Guru-Guru Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan bertempat di Hotel H-Elite, Tunjong pada hari Khamis, 17 September 2020.
Dua slot ceramah telah diatur oleh pihak penganjur.
Cermah pertama telah disampaikan oleh Dr Noor Hisham bin Md Nawi, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan dengan tajuk Dasar Pendidiikan Rabbani Kelantan (DPRK): Matlamat dan Hala Tuju.
Ceramah kedua pula telah disampaikan oleh Tuan Haji Sukeri bin Husin, Timbalan Pengarah (Kenaziran) Yayasan Islam Kelantan dengan tajuk Etika Kerja Menurut Perspektif Islam.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Engku Rajhan bin Engku Ismail.