Majlis Perpisahan Ustazah Nur Hazwani binti Shalah Huddin dan Puan Siti Zubaidah binti Ab Rahman telah berlangsung pada hari Rabu, 28 Ogos 2019 di Musalla Abdul Rahman, MTAQDS.
Ustazah Nur Hazwani akan bertugas sebagai guru tahfiz di SMA Haji Mohd Yatim, Rembau, Negeri Sembilan bermula September 2019.
Puan Zubaidah pula telah berpindah ke Maahad Muhammadi Tumpat, sebagai Penyelia Asrama pada bulan Ogos 2019.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang Ujian Pengesanan Ogos, Hadiah Terbaik Al-Quran bulan Julai dan Hadiah Pertandingan Keceriaan 2019.