Mesyuarat Agung PIBG kali pertama telah diadakan di Dewan As-Saadah MTAQDS pada 27 Julai 2019.
Turut diadakan, pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG MTAQDS bagi sesi 2019/2020. Ahli mesyuarat sebulat suara telah memilih YB Dato' SR Haji Azami bin Mohd Noor untuk mengekalkan jawatan Yang Dipertua PIBG.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Kalam Jamaei dan Nasyid sebagai selingan.
Majlis Perasmian pula telah disempurnakan oleh YB Ustaz Azhar Salleh, Timbalan EXCO Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan yang mewakili YB Dato Dr Haji Mohd Fadzli bin Hassan, EXCO Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir, Cikgu Nik Abdul Rahman bin Nik Yaakob, Pegawai Kurikulum YIK mewakili Pengarah YIK.
Majlis turut meraikan pelajar cemerlang Al-Quran, PSKI, Kelas Masakan dan Kelas Jahitan dengan penyampaian hadiah.
Majlis ditutup dengan semua hadirin dijemput makan.